Berita

MAIPs tawarkan hingga 600 peluang pekerjaan kepada golongan asnaf

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui anak syarikatnya Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) Sdn Bhd akan menawarkan antara 400 ke 600 slot pekerjaan melalui ‘Program Peluang Kerjaya dan Temuduga Terbuka’ yang akan diadakan pada sabtu 15 dan ahad 16 Januari 2022 ini bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang bagi membantu golongan asnaf dan yang tidak tetap pendapatan di negeri ini untuk mendapatkan pekerjaan.

Seramai mana asnaf dan pelajar tingkatan 5 di sekolah-sekolah seluruh negeri ini dijemput untuk hadir ke program berkenaan yang akan diadakan sepanjang hari di Dewan Besar, Jabatan Belia dan Sukan Negara Cawangan Negeri Perlis, Kangar.

Demikian dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor ketika mengiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs ke majlis pelancaran promosi program berkenaan yang disempurnakan oleh baginda di Chortiez & Co Cawangan Arau yang bakal memulakan operasinya pada suku ke dua tahun ini tidak lama lagi.

Menurut Mohd Nazim, slot-slot yang disusun pada 15 Januari ialah Akademi Binaan Malaysia (ABM) – 9 pagi, Kulim Hi Tech Park (10 pagi), KISMEC Sungai Petani (11 pagi), Bebas (12 tengahari hingga 3 petang), The Otomotif College (TOC) Kuala Lumpur (3 petang), McDonalds Malaysia (4 petang) dan akhir sekalj Restaurant Mohd Chan Group Berhad (5 hingga 6 petang.

Sementara itu, pada 16 Januari pula akan diadakan slot-slot untuk pendaftaran peserta (8 pagi), The Welding Institute (TWI), Shah Alam (9 pagi), Malaysian Professional Accountancy Centre (MyPAC) (10 pagi), KOBE Precision Technology Sdn Bhd (11 pagi), Bebas (12 tengahari hingga 3 petang), Mokti’s (3 petang), Amber Chinese Muslim Restaurant (4 petang) dan akhir sekali Wahyuni SPA, Kangar (5 hingga 6 petang).

Jelas beliau lagi, jika memerlukan maklumat tambahan atau terdapat sebarang permasalahan, boleh menghubungi Eksekutif, Akademi Transformasi Asnaf MAIPs, Nur Farhana Junaidi di talian 017-4036900 atau 012-5834439.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button