Acara

MAIPs, JPNIN kolaborasi anjur kayuhan peduli

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah berkolaborasi dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Perlis bagi menganjurkan Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Kuala Perlis.

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullaill berkenan berangkat bagi mengetuai kayuhan amal ini dan diiringi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Azman Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Haji Nazim Mohd Noor.

Turut hadir sama adalah delegasi-delegasi dari Kementerian Perpaduan Negara termasuklah Setiausaha Bahagian Kanan, Kementerian Perpaduan Negara, Norihan Mohamed Naim dan Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Kesepaduan Sosial Kementerian Perpaduan Negara, Mohd Rizal Nawabjam.

Norihan berkata, ‘Kayuhan amal ini merupakan pengalaman yang sangat berharga kerana inisiatif seumpama ini merupakan hasrat dan harapan rakyat untuk menyaksikan sendiri pemerintah dan kepimpinan negeri turun padang dan menyelami kehidupan rakyatnya’.

“Saya amat berbesar hati dan gembira kerana dapat mengiringi Baginda Tuanku bagi menyempurnakan penyerahan bantuan dan sumbangan kepada para asnaf dengan berkayuh bersama suasana dan pemandangan hijau yang sungguh menawan. Pengalaman seperti ini istimewa dan tidak mudah dapat dirasai di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar”, tambah deligasi dari Kementerian Perpaduan Negara itu.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyampaikan sumbangan MAIPs kepada Ruslina Lah, 60 tahun dari Persiaran Jeti Kuala Perlis, Haron Dali, 75 tahun dari Kampung Padang Besar Selatan Kuala Perlis dan Manis Jaya, 84 tahun dari Kampung Padang Jamil.

Asnaf yang terpilih pada edisi kali ini telah menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700 setiap seorang dan bantuan Kits MAIPs Peduli serta beras fidyah bagi menampung keperluan harian setiap penerima.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button