fbpx
Berita

MAIPs amal tadbir urus telus – Raja Muda Perlis

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sentiasa komited mengutamakan ketelusan dalam tadbir urusnya.

Ketelusan dan integriti merupakan keutamaan untuk terus menjadikan MAIPs sentiasa dipercayai seiring dengan usia 100 tahun yang disambut pada tahun 2020.

Sebagai contoh, MAIPs sekali lagi berjaya mendapatkan penarafan 5 Bintang daripada Jabatan Audit Negara dalam ‘Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti’ pada tahun lalu.

Kejayaan ini meletakkan MAIPs sebagai agensi unggul dan berintegriti dalam pengurusan kewangan.

MAIPs dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis adalah 2 agensi di Perlis yang berjaya mendapat penarafan tersebut pada tahun lalu.


Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan ‘Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan 4 bagi tahun 2020’ yang diadakan di Masjid Muhammadi, Jejawi Sungai Adam, Arau tengahari tadi.

Di majlis berkenaan Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan mengurniakan agihan zakat MAIPs kepada seramai 20 orang asnaf dari kalangan amak kariah masjid berkenaan.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Dalam hubungan itu, Mohd Nazim berkata, pengurusan MAIPs sentiasa berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan dengan meningkatkan kawalan dalaman melalui pengauditan oleh Unit Audit Dalam MAIPs di samping melaksanakan beberapa siri pasukan ‘taskforce’ melaksanakan tindakan susulan untuk memantapkan pengurusan MAIPs.

MAIPs turut merancang untuk melaksanakan latihan dan pendedahan ilmu kepada semua Pekhidmat Majlis ke arah mempertingkatkan kemahiran dan ilmu pengurusan.

Untuk rekod, MAIPs turut mendapat Sijil Bersih Kewangan Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan MAIPs Tahun 2018 ya g diumumkan tahun lalu untuk 7 tahun berturut-turut.

Show More

Related Articles

Back to top button