Nasionalpilihan

Mahu kurangkan pembaziran, Perdana Menteri tolak penggunaan Mercedes S600

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian dan menolak kenderaan jenis Mercedes S600.

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook berkata, langkah tersebut diambil, kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas beliau.

“Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600, yang telah dibeli dan diperoleh oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat,” katanya.

Anwar, 75, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini pada Khamis, sebelum ini mengumumkan untuk mengurangkan pembaziran dalam pentadbirannya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button