Nasionalpilihan

Mesyuarat Kali ke-260 Majlis Raja-Raja bincang tentang perkembangan semasa

Majlis Raja-Raja dijadual mengadakan Mesyuarat Kali ke-260 di Istana Negara pada Selasa dan Rabu ini.

Pra-mesyuarat (pre-council) dijangka bermula sekitar jam 10 pagi hari ini.

Majlis Raja-Raja dijangka sentuh perkembangan semasa dan cabaran mendatang.

Dijangkakan, antara perkara yang mengisi agenda mesyuarat adalah mengenai kemajuan hal ehwal agama Islam dan pembaharuan institusi Islam negara.

Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk mengadakan Perbincangan Khas bersama Majlis Raja-Raja Melayu.

Perbincangan Khas itu bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button