Mahkamah

Mahkamah tolak permohonan Kula minta Zakir deposit RM100,000

MAHKAMAH Tinggi menolak permohonan Ahli Parlimen DAP M Kula Segaran untuk mendapatkan jaminan kos RM100,000 terhadap penceramah kelahiran India, Dr Zakir Naik.

Kula meminta agar pendakwah Islam terkenal itu mendepositkan wang sebanyak RM100,000 kepada peguamnya atau mahkamah sebagai jaminan kos pada Jun lalu.

Bagaimanapun Pesuruhjaya kehakiman Quay Chew Soon menolak permohonan Kula kerana Zakir bermastautin di Malaysia.

“Dia kebiasaannya seorang pemastautin dan bermastautin kerana dia merupakan pemastautin tetap,” katanya.

Zakir, yang diwakili oleh Sulaiman Abdullah dan Akberdin Abdul Kader, turut juga diberikan kos sebanyak RM5,000.


Sulaiman berhujah permohonan itu bersifat menindas dan bertujuan untuk menawarkan hati Naik daripada meneruskan tindakan. Pengurusan kes ditetapkan pada 4 September.

Tuntutan terhadap Kula, yang juga ahli Parlimen Ipoh Barat, berkait dengan laporan FMT bertajuk “DAP: No reason for Malaysia to protect Zakir Naik”, yang diterbitkan pada 17 April 2017.

Tuntutan Zakir juga berkaitan satu siaran akhbar oleh Kula pada 13 Ogos tahun lepas yang bertajuk “Zakir Naik’s presence is embarrassing to all Malaysians”.-SM

(Visited 50 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button