Nasional

Mahkamah tolak permohonan kerajaan lucut wang milik UMNO, MCA

PERMOHONAN kerajaan untuk lucut hak wang berjumlah kira-kira RM192.97  juta milik UMNO dan RM300,000 daripada Wanita MCA, Binsabi Sdn Bhd (RM777,250) dan Perano Sdn Bhd (RM337,734).

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memutuskan dana itu bukan daripada hasil yang diperoleh daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohamed Zaini berkata, tujuh cek berjumlah RM245 juta yang diterima daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak  telah dibelanjakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.

“RM192,965,413.65 yang dibekukan tidak boleh dikatakan sebagai wang yang diterima oleh UMNO daripada Najib,” katanya.

Zaini, bagaimanapun membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat untuk membekukan wang itu sementara menunggu perbicaraan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telah membekukan wang daripada empat entiti UMNO pada bulan Jun 2018 kerana mendakwa ia ada kaitan dengan skandal 1MDB.-SM

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button