MahkamahNasional

Mahkamah Rayuan tolak rayuan SIS cabar fatwa agama Selangor

MAHKAMAH Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan kumpulan hak wanita, Sisters in Islam (SIS) untuk mencabar fatwa yang dikenakan terhadap mereka oleh pihak berkuasa agama Selangor, sembilan tahun lalu.

Dalam keputusan yang berbelah bahagi, Hakim Has Zanah Mehat dan Che Mohd Ruzima Ghazali berpendapat, rayuan SIS tidak mempunyai merit manakala Hakim Gunalan Muniandy tidak bersetuju.

SIS telah berusaha untuk membatalkan fatwa 2014 oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang menyatakan kumpulan wanita itu menganut fahaman liberalisme dan pluralisme agama serta menyeleweng daripada ajaran Islam. – FMT – SM

(Visited 333 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button