MahkamahNasional

Mahkamah benar Najib hadiri mesyuarat BN tapi perbicaraan mesti diteruskan

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak hadir mesyuarat Barisan Nasional (BN) tetapi perbicaraan kes 1MDB yang melibatkan bekas perdana menteri itu perlu diteruskan.

Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata, mahkamah akan ditangguhkan sebentar pada pukul 10.30 pagi bagi membolehkan Najib ke ibu pejabat UMNO.

“Saya boleh membenarkannya menghadiri mesyuarat itu tetapi kita perlu meneruskan semula pada pukul 2.30 petang,” katanya.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum itu memberitahu mahkamah bahawa parti komponen BN akan mengadakan mesyuarat penting berhubung pemilihan calon perdana menteri.

“Beliau adalah penasihat BN, beliau perlu berada di sana bersama Presiden UMNO (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi),” katanya.

Untuk rekod, Ahli Parlimen Pekan itu dibicarakan atas 25 pertuduhan menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram yang didakwa membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion dan dimasukkan ke dalam akaun AmBank antara Februari 2011 dan Disember 2014. – FMT-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button