Politik

Mahathir tak serah jawatan PM pada Anwar, Kit Siang perlu bersara politik

Serah jawatan PM kepada Anwar, Kit Siang ajak Tok Mat bertaruh

Kit Siang: ‘Saya bersara politik jika jawatan PM tak serah pada Anwar’. Serah jawatan PM kepada Anwar, Kit Siang ajak Tok Mat bertaruh.’

Itu tajuk utama berita kira-kira 10 bulan lalu atau lebih tepat pada 10 Mei 2019.

Penasihat DAP Lim Kit Siang itu dilaporkan bersedia untuk bertaruh dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Veteran DAP itu berkata, beliau akan bersara daripada politik dan tidak bertanding PRU15 sekiranya Mahathir tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Ini berikutan kenyataan Mohamad bahawa beliau menjangkakan Mahathir tidak akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anawar sebaliknya akan membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU15 diadakan lebih awal.

Selepas 10 bulan ternyata Anwar masih belum menjadi perdana menteri. Sebaliknya selepas Dr. Mahathir Mohamad menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 24 Februari lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula naik menjadi perdana menteri.

Justeru, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut agar Kit Siang memenuhi janji yang dibuat oleh beliau kira-kira 10 bulan lalu.

Bila agaknya Kita Siang akan berhenti mengeluarkan kenyataan-kenyataan pelik sebaliknya menunaikan janji yang dia buat kurang 10 bulan lalu.

“Mana integriti awak pak cik. Wartawan patut tanya soalan ini kepada dia,” kata Najib.

Sebelum ini, Mohamad dilaporkan berkata, UMNO sedang menumpukan usaha menghadapi PRU15 kerana menjangkakan kerajaan PH cuma bertahan dua tahun sebelum Parlimen dibubarkan.

ADUN Rantau itu mendakwa, Mahathir yang dikenalinya tidak akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Bagaimanapun kenyataaan Mohamad itu dipertikai oleh Kit Siang dengan janji mahu bersara daripada politik jika Mahathir tidak menyerahkan jawatan tersebut kepada Anwar.

“Saya lebih percayakan Mahathir dan saya sedia bertaruh dengan Mohamad bahawa Mahathir akan menunaikan komitmen PH untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar,” katanya dalam ceramah di Taman Mesra seperti yang dilaporkan media.

Kit Siang turut mencabar Mohamad untuk tarik diri daripada politik dan tidak bertanding dalam PRU15 jika Mahathir mengotakan janjinya.

“Kita beri masa dua hari kepada Mohamad untuk terima taruhan ini atau tidak,” katanya.

Secara teknikal, sememangnya Dr. Mahathir tidak menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Ahli Parlimen PKR itu. Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada 24 Februari lalu.

Natijahnya, Yang di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terpaksa menyelesaikan kemelut politik yang berlaku dengan memanggil 222 Ahli Parlimen menghadap Baginda.

Al-Sultan Abdullah menemuduga seorang demi seorang Ahli Parlimen terbabit untuk mengetahui siapa pilihan mereka untuk menjadi perdana menteri kelapan.

Kesudahannya, Pengerusi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipilih oleh Baginda berdasarkan sokongan yang diberikan oleh Ahli Parlimen terbabit.-SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button