pilihanPolitik

Mahathir jumpa Muhyiddin selepas Aidiladha bincang Proklamasi Orang Melayu

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan beliau belum bertemu dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pergerakan Proklamasi Orang Melayu.

Menurutnya, beliau sememangnya berhasrat untuk berjumpa secara empat mata dengan Muhyiddin bagi menerangkan tentang orang Melayu secara keseluruhannya dan bukan untuk menyokong mana-mana pihak.

Beliau berkata, pertemuan dengan Muhyiddin amat penting untuk beliau menerangkan dengan terperinci mengenai Proklamasi Orang Melayu.

“Nak bincang sebelum Raya Haji agak sukar sebab esok adalah hari raya.

“Saya perlu berjumpa dengan Muhyiddin untuk menjelaskan pergerakan Proklamasi Orang Melayu.

“Ia perlu sokong orang Melayu secara keseluruhan kerana kita lihat sendiri orang Melayu hilang kawalan terhadap negara ini dan mereka akan menderita jika tidak mempunyai kuasa lagi,” katanya pada sidang media khas selepas pulang dari lawatan 13 hari ke Eropah dan Turkiye hari ini.

Media pada Selasa melaporkan, Muhyiddin berhasrat untuk bertemu Mahathir sebelum Hari Raya Haji untuk membincangkan kerjasama menerusi Proklamasi Orang Melayu.

Sebelum ini Mahathir menyuarakan hasrat ingin mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin bagi menjalin semula kerjasama sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapat matlamat yang sama.

Menurutnya, pihaknya sedia untuk bekerjasama dalam PRN di enam negeri dan percaya perkara itu boleh dibincangkan. – SM

Artikel berkaitan > Tun M tidak bertanding PRN, tetapi sokong gerakan Melayu

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button