Mahasiswa tak puas hati makanan PKP tutup akaun Twitter
SEORANG mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan makanan yang disediakan untuk pelajar di kampus dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menutup akaun Twitternya.
Sebelum itu dalam ciapannya mahasiswa tersebut mempersoalkan kualiti makanan yang disediakan untuk pelajar yang terpaksa tinggal di asrama sepanjang PKP dilaksanakan.
“Inilah contoh makanan PKP untuk mahasiswa Universiti Malaya yang duduk di koleh kediaman. Bukan tidak bersyukur tapi…” rungut pelajar berkenaan. Dia turut melampirkan dua keping gambar makanan yang diberi kepada pelajar untuk dilihat dan dinilai oleh pengguna Twitter yang lain.
Ciapan itu menjadi tular di media sosial. Bagaimanapun hasratnya untuk mendapat simpati masyarakat menjadi sebaliknya.
Ramai yang menyifatkan pelajar berkenaan tidak bersyukur dengan rezeki percuma yang disediakan oleh kerajaan yang bertungkus lumus memastikan wabak COVID-19 tidak menular.
“Bersyukurlah anda bukan salah seorang yang mati akibat kebulur,” kata @AmirahNajwaMB
“Dude. RM15 sehari. Sarapan, makan tengah hari dan malam. Beritahu aku mana nak dapap tiga kali makan dengan harga RM15. Tambahan makan tengah hari dan malam nasi berlauk. Kira bernasib baik kita dapat sekali makan berharga RM6, RM7. Bersyukurlah,” komen Edward Hyde.
“Bukan tak bersyukur tapi… Bila kau guna perkataan tapi, menunjukan kau tak bersyukur,” kata @lailabrgh.
“Benda percuma jangan komplen. Ambil atau tinggalkan,” nasihat @Siaiman96
“Ada antara kita di luar sana yang tidak mempunyai benda untuk dimakan. Bersyukurlah dengan apa yang kau dapat,” kata @smalbabyneco.
Semakan Suara Merdeka mendapati akaun mahasiswa berkenaan tidak lagi aktivif.
BACA- Covid-19: KMUM bentuk pasukan agih makanan kepada pelajar UM
- Mahasiswa Sarawak yang terkandas tenang, berharap dapat pulang
Mahasiswa dan mahasiswi sama ada universiti awam mahupun swasta yang masih berada dalam kampus ekoran pelaksanaan PKP telah menerima bantuan makanan terutamanya daripada pelbagai pihak. -SM
Malah Majlis Perwakilan Palajar setiap universiti terbabit turut menubuhkan pasukan petugas mereka sendiri bagi membantu pelajar-pelajar ini.
Sumbangan untuk mereka itu datang daripada pelbagai pihak termasuk korporat dan individu yang prihatin. – SM