Kesilapan pemimpin Melayu terdahulu dalam bertoleransi untuk membenarkan Sekolah Jenis Kebangsaaan (SJK) dibuka adalah satu pengkhianatan kepada Tanah Melayu.
Pemimpin Melayu terdahulu sepatut tegas dengan warga asing yang dibawa masuk ke Tanah Melayu dengan pelbagai syarat yang ketat agar generasi hari ini ada rasa hormat.
Namun malangnya kerana suka bertolak ansur, generasi baharu warga asing semakin berani untuk ‘menolak’ sampaikan generasi Melayu terpaksa ‘beransur’ kerana miskin.
Dalam kes terbaharu, beberapa madrasah pondok yang mengajar ilmu agama Islam kepada masyarakat berdepan kemungkinan untuk ditutup.
Nak harapkan sekolah kerajaan untuk ajar masyarakat akidah Islam yang sebenar, jelas bersimpang dengan sistem pendidikan acuan Barat yang memfokuskan keduniaan.
Gambaran ini sebenarnya satu amaran kepada orang Melayu di Tanah Melayu berdaulat ini, tak perlu musuh luar jajah dengan perang atau senjata.
Cukup buatkan orang Melayu miskin, kambus aktiviti yang boleh tingkatkan jati diri bangsa dan tak perlu pun peruntukkan bajet besar bagi memantapkan agama Islam di Malaysia.