Auto TravelTravel

Macam mana nak cari makanan halal di luar negara?

SETIAP kali bila kita nak bercuti di luar negara tapi risau pasal makanan? Halal ke tidak? Tidak dinafikan kalau kita pergi ke negara luar yang hanya sebahagian kecil penduduknya adalah Muslim, memang agak sukar untuk mencari makanan yang halal. Jadi, kali ini kami nak kongsikan sedikit tips yang boleh kita gunakan waktu nak cari makanan ketika bercuti ke luar negara.

1. Logo Halal

Anda boleh cari terlebih dahulu di Google untuk mengetahui dimana lokasi restoran halal. Sesudah sampai di sana, anda perlu pastikan mereka mempunyai sijil halal di kedai tersebut.

 

2. Restoran untuk ‘vegetarian’

Anda mempunyai pilihan untuk makan di kedai yang menyediakan makanan berasaskan sayur-sayuran sahaja. Tetapi anda wajib bertanya terlebih dahulu mengenai bahan-bahan yang mereka gunakan di dalam masakan mereka untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

 

3. Restoran Makanan Laut

Restoran halal jauh dari lokasi percutian anda? Jadi anda masih ada peluang untuk mencari makanan di kedai-kedai yang menawarkan makanan laut seperti ikan, udang dan sebagainya. Namun, anda masih perlu berhati-hati dan bertanya terlebih dahulu jika mereka menggunakan bahan alkohol, wain atau lemak haiwan di dalam masakan mereka.

 

4. Tahu istilah khinzir dalam bahasa lain

Ketahui terlebih dahulu perkataan khinzir yang digunakan oleh bahasa negara luar. Ini memudahkan anda mengetahui sama ada makanan tersebut mengandungi bahan terlarang ataupun tidak.

 

5. Masak sendiri

Jika anda masih tidak yakin tentang status halal makanan di negara luar, anda boleh membeli bahan-bahan masak dan memasak sendiri di kediaman anda. Pastikan bahan-bahan yang dibeli mempunyai label halal di packaging bahan tersebut yee

Kalau nak lebih senang lagi, boleh lah join trip Jomventures. Tour guide mereka akan bawa anda ke kedai-kedai makanan halal dan sedap tau! Tak perlu pening-pening fikir nak makan apa dah, nikmatilah saat-saat indah sepanjang percutian anda!

Selamat bercuti semua!

 

 

(Visited 614 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button