Ekonomi

MAAB meterai kerjasama strategik dengan lapan koperasi

MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB),anak syarikat naungan ANGKASA telah menganjurkan Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) bersama Koperasi-Koperasi dan Majlis Penyerahan Penyerahan Sumbangan Infaq dan Zakat bertempat di Wisma Ungku A. Aziz, hari ini.

Sebanyak lapan koperasi telah terlibat dalam sesi menandatangani kerjasama strategik dengan MAAB pada hari ini. Koperasi terbabit adalah Koperasi 1Keluarga Malaysia Berhad, Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS), Koperasi Shamelin Berhad, Koperasi Pesara – Pesara Kerajaan Malaysia Pahang Berhad, Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad, Koperasi Yayasan Guru dan Penjawat Awam Malaysia Berhad, Koperasi Peka Malaysia Berhad dan juga Koperasi Keluarga Haji Abdul Latif Seremban Berhad.

Majlis ini merupakan simbolik bagi meraikan koperasi baharu yang telah bekerjasama dan menjadi Rakan Niaga terbaru MAAB sekaligus mempromosi mereka sebagai wakil ejen MAAB bagi pemasaran produk perancangan dan pentadbiran harta pusaka.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sokongan berterusan daripada gerakan koperasi seperti yang ditunjukkan pada hari ini akan membantu memacu perniagaan sektor koperasi sekaligus meningkatkan perolehan mereka melalui aktiviti berkaitan produk dan perkhidmatan perancangan harta pusaka.

Penyerahan Sumbangan Infaq juga telah diadakan pada hari ini apabila MAAB bertindak sebagai pentadbir kepada harta pusaka Almarhumah Hamada Bee Zainal Shah yang menginfakkan  Sebahagian harta pusakanya kepada penerima terpilih.

Antara peberima tersebut adalah Yayasan Infaq Angkasa, Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Ansar, sumbangan Pembinaan Masjid Al Ulum Wattoiyibah serta bagi Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Mukim Gong Badak Kuala Nerus Terengganu – PPDK Gong Badak . Jumlah yang diinfaqkan adalah sebanyak RM10,000.

Dalam majlis yang sama, MAAB turut membuat serahan zakat perniagaan bagi tahun 2022 yang berjumlah RM199,544.58. Jumlah ini ditaksirkan berdasarkan perolehan kasar MAAB pada tahun 2022 yang berjumlah RM13 juta.

Orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat secara percuma tentang perancangan dan pentadbiran harta pusaka dari Ibu Pejabat MAAB atau melalui saluran Rakan-Rakan Niaga MAAB termasuk Rakan Niaga Koperasi. –SM

(Visited 258 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button