Rencah Hidup

LV Living Young Aesthetic: refleksi kecantikan luaran dan dalaman wanita

JANGAN terkejut jika ada dalam kalangan kaum hawa yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang banyak sehingga mencecah ratusan ribu ringgit semata-mata mahu kelihatan cantik.

Mereka tidak bimbang untuk melakukan pelbagai rawatan kecantikan dengan harga yang tinggi termasuk menahan sakit angkara cucukan jarum.

Akan tetapi, tidak semua dalam kalangan wanita yang mampu untuk mengeluarkan perbelanjaan yang besar walaupun keinginan untuk kelihatan cantik membuak-buak.

Ada yang berhadapan dengan masalah kekangan kewangan atau pun takut sekiranya rawatan yang dilalui itu memerlukan suntikan dan jarum.

Sebenarnya, secara lojik, kecantikan yang didambakan itu perlu dikekalkan atau dalam erti kata lain,  perlu maintain setiap bulan.

Dan pengalaman untuk kekal cantik kini dikongsi oleh Pengasas LV Living Young Aesthetic, Fiona Dayang yang juga seorang pakar kecantikan bertauliah.

Bermodalkan RM50,000, Fiona,  anak kelahiran Sawarak merealisasikan impiannya untuk membuka sebuah pusat kecantikan, beauty and spa di Putrajaya.

Menurut Fiona, perancangan untuk membuka Beauty and Spa LV Living Young Aesthetic ini mengambil masa selama setahun.

Berbekalkan segulung Ijazah Sarjana Pengurusan (Master in Management), Fiona bertuah kerana cita-citanya mendapat sokongan padu daripada suami dan rakan-rakan untuk membuka Beauty and Spa LV Living Young Aesthetic.

Fiona yang juga merupakan Pengarah syarikat Ambang Angkasa Sdn. Bhd., adalah suri kepada Ravend Naiker.

Untuk rekod, Fiona pernah memenangi anugerah Usahawan Kecil dan Sederhana (SME) selain daripada kaya dengan pengalaman dalam bidang kecantikan.

“Selama setahun saya merancang untuk membuka pusat rawatan dan kecantikan. Suami memberi inspirasi dan menggalakkan supaya meneruskan hasrat membuka pusat kecantikan dan rawatan .

“Tidak dapat dinafikan, setiap wanita memang mahu kelihatan cantik dan saya juga tidak terkecuali. Saya pernah membelanjakan sehingga RM300,000 untuk rawatan kecantikan aesthetic.

“Hari ini, saya gembira kerana spa yang dibuka ini bukan sahaja menawarkan rawatan kecantikan tetapi turut menawarkan perkhidmatan rundingan kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui usai majlis pelancaran Beauty and Spa LV Living Young Aesthetic.

Sebagai pemegang pakar kecantikan bertauliah, Fiona mempunyai lima pekerja yang juga perunding kecantikan yang mana, kesemua mereka ini mampu untuk membuat analisis ke atas kulit para pelanggan Beauty and Spa LV Living Young Aesthetic.

“Di Beauty and Spa LV Living Young Aesthetic juga kita menawarkan perkhidmatan panduan penjagaan kulit.

“Cara-cara atau kaedah penjagaan kulit yang betul amat perlu kerana lazimnya kita pandang remeh tentang penjagaan kulit,” ujar beliau.

Tambah Fiona lagi, bagi pelanggan yang takutkan ‘jarum’, di Beauty and Spa LV Living Young Aesthetic perkhidmatan rawatan kecantikan tidak semestinya menggunakan jarum.

“Kita menggunakan mesin-mesin kecantikan berteknologi tinggi dan itulah sebabnya, jarum tidak diperlukan untuk rawatan kecantikan,” kata beliau.

Fiona juga memberitahu, seorang rakannya, Doktor Imej Irene Helmi banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar berkaitan dengan kecantikan.

“Semua ini berlaku sebelum wabak Covid-19 dan Irene banyak memberi panduan dan tunjuk ajar sebelum membuka Beauty and Spa LV Living Young Aesthetic.

“Terima kasih tidak terhingga kepada beliau yang sudi berkongsi ilmu dan sentiasa memberi sokongan kepada usaha saya untuk membuka Beauty and Spa LV Living Young Aesthetic,” kata Fiona.

Bercakap tentang produk yang digunakan di Beauty and Spa LV Living Young Aesthetic, kata Fiona, mereka menggunakan produk kecantikan dari Korea.

LV Living Young Aesthetic beroperasi setiap hari, Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 7 malam dan dilanjutkan sehingga pukul 8 malam di hujung minggu.

“Jujur saya nyatakan di sini, komuniti Putrajaya mesti datang untuk mengalami sendiri pengalaman perkhidmatan kecantikan yang ditawarkan.

“Kita ada pakej RM299 dan pakej RM399 yang akan berakhir sehingga bulan November ini. Selepas itu, ia akan berbalik kepada harga asal iaitu RM1,499,” kata Fiona. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button