NasionalUncategorized

Lucut hak RM194 juta empat entiti: SPRM kemuka rayuan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak saman kerajaan untuk melucut hak wang berjumlah RM194  juta didakwa berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM berkata, permohonan rayuan akan difailkan oleh pihak pendakwaan daripada Jabatan Peguam Negara terhadap empat entiti iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Wanita MCA, Binsabi Sdn. Bhd. dan Perano Sdn. Bhd.

“Tempoh rayuan yang diberikan adalah dua minggu dari tarikh keputusan mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 19 Jun lalu, UMNO, Wanita MCA serta dua pihak lagi kekal memiliki semula wang berjumlah RM194 juta yang disita sebelum ini berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan keputusan mahkamah yang sebelumnya menolak saman pelucutan hak terhadap Umno, Wanita MCA, Perano Sdn Bhd, dan Binsabi Sdn Bhd.

BACA> Kes wang UMNO RM192 j: Peguam harap pendakwaraya terima keputusan mahkamah

Sementara itu, pada 7 Februari lalu, mahkamah menolak saman pelucutan hak oleh kerajaan terhadap UMNO, Wanita MCA, Perano dan Binsabi untuk mendapatkan wang berjumlah RM194 juta yang didakwa dari 1MDB.

Pihak pendakwaan menuntut melucutkan wang RM192 juta dari UMNO, RM300,000 dari Wanita MCA, RM337,634,78 dari Perano dan RM777,250 dari Binsabi.

Namun, pihak pendakwaan memohon penangguhan bagi mengelakkan wang tersebut dikembalikan kepada keempat-empat responden, sementara menunggu rayuannya ke Mahkamah Rayuan.

Sebelum ini, UMNO berharap pihak pendakwaraya menerima seadanya keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Februari lalu yang menolak permohonan pelucutan hak wang parti itu berjumlah RM192,965,413.61.

BACA> Subky Latif meninggal dunia

“Ini berikutan pendakwaraya gagal untuk menggantung perintah pelucutan hak wang tersebut.

“Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaimi Mazlah hari ini setelah mendengar hujah-hujah pihak-pihak berkenaan telah menolak permohonan penggantungan tersebut,” kata peguam Hariharan Tara Singh. -SM

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button