NasionalNegeriPendidikan

Lotus MFZ Green Tech – UniMAP tandatangan MoU solar PV

PERINTIS syarikat solar photovoltaic (PV) di Perlis, Lotus MFZ Green Tech (M) Sdn. Bhd bersetuju menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Lotus MFZ Green Tech (M) Sdn. Bhd. yang dimiliki bumiputera sepenuhnya memilih UniMAP memandangkan kedua-duanya mempunyai hala tuju yang sama iaitu ke arah meningkatkan teknologi hijau di negara ini.

Asmadi Tu (kanan) dan Dr. Zaliman menurunkan tandatangan memeterai perjanjian persefahaman (MoU) di antara dua pihak.

MoU ini diadakan di Aras 4, Ruang Legar Pejabat Naib Canselor UniMAP di Bangunan Canselori, Kampus Alam Unimap, Pauh Putra, Arau , Perlis, petang semalam.

Lotus MFZ Green Tech (M) Sdn. Bhd., diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Asmadi Tu manakala UniMAP pula oleh Naib Canselornya, Prof. Ts Dr. Zaliman Sauli.

Dengan kerjasama ini akan membolehkan kedua-dua pihak tertumpu kepada program pemindahan teknologi dan kebolehpasaran graduan UniMAP.

Asmadi berkata, pelajar kejuruteraan universiti berkenaan berpeluang menjalani latihan industri di syarikat ini.

“Syarikat juga akan menawarkan pekerjaan sekurang-kurangnya jawatan Penyelaras Projek bagi mahasiswa yang pernah menjalani latihan industri di sini,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini syarikat berkenaan yang ditubuhkan pada 28 Julai tahun lalu kini beroperasi di pejabat yang terletak di Seriab, Kangar.

“Kita juga bakal membuka cawangan di Kota Kinabalu, Sabah tidak lama lagi,” katanya.

ASMADI Tu menyerahkan cederahati daripada Lotus MFZ Green Tech (M) Sdn. Bhd. kepada Dr. Zaliman Sauli di Bangunan Canselori, Kampus Alam Unimap, Pauh Putra, Arau, Perlis.

Sehingga kini syarikat berkenaan, katanya, telah mendapat surat tawaran pemasangan solar untuk masjid-masjid di seluruh Perlis.

Pemasangan solat oleh Lotus MFZ Green Tech, selain di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), juga di Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang, Kilang Beras Dibuk Perlis, First Asia Sea Water Theme Park Langkawi dan juga kediaman awam.

Sementara itu, Dr. Zaliman berkata, UniMAP bertekad akan sentiasa berusaha untuk menyumbangkan kepakaran ilmu dan teknologi kepada Lotus MFZ Green Tech melalui penyelidikan jangka masa panjang mahupun jangka pendek.

Oleh itu, beliau berkata, kedua-dua pihak telah bersetuju mengenai program kebolehpasaran graduan, penyelidikan dan pemindahan maklumat. – SM

(Visited 835 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button