Nasional

Lolos PKPB balik kampung: Bersedia dikompuan atau hilang pekerjaan?

SEBELUM sambutan Hari Raya Aidilfitri lagi, berbuih mulut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan masyarakat agar tidak pulang ke kampung untuk berhari raya.

Bahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berpesan perkara yang sama.

Selain itu, di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) juga, kita semua diingatkan agar jangan merentas negeri walaupun secara curi-curi.

Ini kerana sesiapa yang melanggar PKPB, terimalah padahnya.

Hari ini, dalam sidang akbar hariannya, Ismail Sabri menyantuni soalan wartawan di lapangan berhubung situasi mereka yang secara curi-curi berjaya pulang untuk berhari raya, perlu pulang semula ke ibu negara untuk bekerja.

Kantoi! Mereka yang berjaya balik ke kampung menggunakan jalan tikus, berhadapan dengan masalah untuk pulang semula ke Kuala Lumpur kerana PKPB tidak berubah, SOP tetap sama.

Kata Menteri Kanan, berani buat, berani tanggung! Maka mereka yang tersepit dengan situasi tersebut, mempunyai pilihan iaitu sama ada bayar kompaun kerana melanggar PKPB atau pun hilang pekerjaan.

“Lebih baiklah bayar kompaun daripada hilang pekerjaan,” kata Ismail Sabri.

Beliau sedar, kelicikan mereka yang pulang ke kampung mungkin seminggu lebih awal, atas alasan bertugas. Golongan inilah yang lolos.

Tetapi masalah timbul kerana hari ini, masing-masing menggelabah kerana perlu pulang semula ke ibu kota kerana akan memulakan kerja sekurang-kurangnya pada minggu depan.

Kata Ismail Sabri, ada dalam kalangan mereka, mengambil kesempatan menggunakan alasan kebenaran tugas luar tetapi di hari raya, secara lojiknya, tiada siapa pun yang bertugas atau bekerja.

Kini pihak polis lebih ketat dalam mengawal pergerakan kemasukan kenderaan dari luar (kampung/merentas negeri) ke ibu kota.

Sediakan wang kali ini bukan untuk membayar tol tetapi juga untuk membayar kompaun kerana melanggar PKPB. – SM

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button