Lokman Adam didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur
DATUK Lokman Adam didakwa dengan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen (Cyber) Kuala Lumpur semalam dibawah Section 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 233(3) Undang-undang yang sama.
Maximum denda RM50,000-00. Penjara 1 tahun. Atau kedua-dua sekali.
Pertuduhan berdasarkan dua posting Lokman di FB beliau yang menghina Perdana Menteri (allegedly) pada 11.16 pm pada 20 Ogos 2022.
Dan pertuduhan kedua berkaitan dengan posting di FB Lokman Adam Official, berkenaan tuduhan terhadap Kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri pada 10.28 pm, pada 22 Ogos yang lalu.
Netizen dan Rakyat merasakan pertuduhan terhadap Lokman ini tepat pada masanya kerana sekiranya ia tidak dibendung, ia akan menjadi satu trend yang tidak sihat dinegara ini.
Didalam video-video yang diposting oleh Lokman baru-baru ini, adalah amat jelas Lokman Adam menghasut rakyat dan mengeluarkan kata-kata menghina Perdana Menteri, Ismail Sabri dengan kata-kata, Ismail Sabri bodoh, Ismail Sabri tali-barut kepada parti BERSATU, Ismail Sabri pakat dengan Tun Mahathir, PM Ismail Sabri Sabotej Parti UMNO dan lain-lain lagi tuduhan.
Penghinaan seumpama ini terhadap Perdana Menteri Malaysia adalah Uncall For dan Tidak Profesional.
Malahan, kata-kata seumpama ini memalukan parti UMNO, apabila ada seorang bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap Perdana Menteri.
Mengkritik Perdana Menteri boleh, tetapi tidak wajar mengkritik dengan cara penghinaan dengan fakta-fakta yang tidak benar dan salah.
Persoalan juga timbul, apabila Lokman mengelar PM Ismail Sabri sebagai Pemimpin Kuku Besi.
Ini memberikan satu gambaran yang amat negatif terhadap Perdana Menteri, Ismail Sabri.
Malangnya, gambaran yang dipertontonkan oleh Lokman ini dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya 17 juta pengundi dewasa dan 4 juta pengundi muda.
Sudah tentu ini memberikan imej yang buruk kepada parti UMNO, yang bakal berhadapan dengan Pilihanraya Umum.
Tindakan yang tidak bijak ini, akan memberi banyak peluru dan senjata kepada parti-parti pembangkang seperti PKR, DAP dan Pejuang untuk berterusan menembak UMNO dan Barisan Nasional.
Lokman yang sepatutnya menghalakan senapang beliau ke arah Anwar Ibrahim PKR, Anthony Loke DAP, Mat Sabu AMANAH, Tun Mahathir Pejuang dan Shafie Apdal Warisan.
Tetapi telah menghala senapang dan peluru kearah pemimpin UMNO sendiri iaitu Perdana Menteri, Ismail Sabri.
Adakah ini satu sabotaj untuk membunuh politik Ismail Sabri ?
Atau ini merupakan satu cubaan untuk merampas kuasa jawatan Perdana Menteri dari Ismail Sabri untuk diberikan kepada seorang pemimpin yang Lokman lebih selesa dan terima.
Apa pun, Netizen dan Rakyat melihat ini sebagai satu lagi perebutan kuasa diantara pemimpin-pemimpin UMNO, untuk meletakkan calon mereka sebagai Perdana Menteri.
Kerakusan perebutan kuasa yang diperlihatkan, tidak memberi imej yang baik kepada parti UMNO.
Pegawai Khas Perdana Menteri, Dr. Kamarul Zaman Yusoff, pada 1 September jam 12.30 pm semalam juga telah membuat Laporan Polis di Balai Polis Putrajaya Precinst 7, mengenai tuduhan-tuduhan oleh Lokman Adam, mengenai kes yang sama.
Diharapkan ini akan menjadi pengajaran kepada kita semua, Netizen dan Rakyat agar lebih berhati-hati membuat posting kenyataan ataupun video di FB, Whatsapp, Telegram dan lain-lain kerana sebarang posting menghina Perdana Menteri, YDP Agong, Raja-Raja Melayu, merupakan satu jenayah yang amat serious. – SM