Hiburan

Watak Sara Ali dalam Filem Air Force, mengajar untuk menghargai pejuang Negara

Pelakon wanita terkenal, Sara Ali meluahkan rasa teruja kerana dapat menjayakan salah satu watak dalam filem Air Force: Selagi Bernyawa yang sedang ditayangkan di seluruh pawagam ketika ini.

Melalui satu ciapan di media sosialnya, dia berkongsi tentang perjalanan menjayakan filem Air Force

“Saya tidak pernah berada di dalam peperangan, dan kalau boleh saya tidak mahu merasai pengalaman itu.

“Watak Natrah di dalam #AirForceTheMovie telah mengajar saya untuk merasai sedikit empati terhadap mangsa-mangsa dan negara-negara yang masih lagi berada di dalam peperangan,” luahnya.

Sarah juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pejuang negara.

“Terima kasih kepada wira-wira kita, yang sudah berkorban demi keamanan dan keselesaan untuk generasi kita dan akan datang.

“Selamat Hari Merdeka yang ke-65 Malaysia. Syukur, Malaysia masih aman,” luahnya.

(Visited 645 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button