Sukan

Linda Fruhvirtova Buat Kejutan Untuk Mara Ke Pusingan Ke-3 WTA Terbuka Miami Open

Linda Fruhvirtova baru berusia 16 tahun namun sudah boleh memasang impian untuk mencapai kemuncak prestasi selepas mempamerkan prestasi terbaik dalam kariernya apabila mengejutkan Elise Mertens untuk mara ke pusingan ketiga WTA Terbuka Miami Open.

Pemain wildcard dari Republik Czech itu tiba di Florida Selatan di kedudukan ranking ke-279 melakar kejutan pada penyertaan pertamanya di WTA apabila mengecewakan pilihan ke-24 dari Belgium 7-5, 2-6, 6-1, kejayaan pertamanya menewaskan pemain yang berada di kelompok 50 terbaik dunia.

Linda yang mempunyai adik perempuan berusia 14 tahun, Brenda mempunyai impian untuk mengikuti jejak langkah legenda Czech, Petra Kvitova dan merangkul kejuaraan Wimbledon.

Menewaskan Elise adalah langkah pertama untuk dia mencapai matlamat itu. Ia menjadikan Linda pemain wanita termuda mara ke pusingan ketiga Miami sejak Cici Bellis berusia 15 melayakkan diri pada 2015.

“Ia sukar dipercayai,” katanya. “Saya berusaha keras untuk ini dan saya menikmatinya.”

Kekuatan yang dipamerkan oleh seorang pemain muda amat mengagumkan.

Linda bangkit daripada ketinggalan 0-40 di set pertama dan mengikat kedudukan 3-3 dan kemudiannya mengawal perlawanan.

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button