Limat maut, 10 cedera di Bolivia
LIMA orang terbunuh dalam protes dan rusuhan yang melanda di beberapa bahagian di Bolivia pada Sabtu.
Pertembungan antara polis dan penyokong bekas Presiden Evo Morales kian memuncak, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.
Lima penunjuk perasaan terbunuh, lebih 10 lagi cedera, kata Defensoria del Pueblo, seorang juruaudit rasmi yang memantau mengenai pelanggaran hak asasi manusia di negara ini.
Jumlah korban meningkat kepada 14 dan 400 orang cedera ekoran pergolakan yang tercetus di Bolivia apabila penunjuk perasaan membantah keputusan pilihan raya presiden bulan lalu di mana Morales mengumumkan kemenangannya untuk penggal keempat.
Para penunjuk perasaan membantah kerana mendakwa keputusan pilihan raya itu dicemari dengan penipuan.
Morales kemudian dipaksa meletak jawatan pada Ahad selepas menerima tekanan daripada pihak tentera dan polis.
Pada Selasa, beliau tiba di Mexico selepas diberikan suaka politik. Naib Speaker Kedua Senat, Jeanine Anez, mengumumkan dirinya sebagai presiden sementara.- BERNAMA