Bola SepakSukan

Lima negara bida jadi tuan rumah Piala Asia 2027

LIMA negara India, Iran, Qatar, Arab Saudi dan Uzbekistan menyatakan minat mereka untuk menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala Asia 2027 selepas tarikh akhir bidaan tamat semalam.

Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa

Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa menyambut baik minat yang ditunjukkan oleh lima negara berkenaan untuk menganjurkan kejohanan bola sepak utama Asia itu.

“Piala Asia AFC adalah kemuncak bagi edisi terbaik Asia dan telah memecah rekod dan merupakan edisi terbesar di Emiriah Arab Bersatu pada tahun 2019 yang telah meletakkan asas bagi bola sepak Asia untuk mengukuhkan legasi ini dan kami tidak meragui bahawa China tidak hanya sesuai tetapi juga akan memenuhi semua harapan kami pada 2023,” katanya di laman web AFC www.the-afc.com.

Daripada lima negara itu, hanya dua yang pernah dua kali menjadi tuan rumah kejohanan tersebut sejak ia dianjurkan pada 1956.

Juara bertahan Qatar menganjurkan kejohanan itu pada 1988 dan 2011 manakala Iran adalah satu-satunya negara dalam sejarah bola sepak Asia memenangi piala itu dua kali di tanah air sendiri pada tahun 1968 dan 1976.

Related Articles

Piala Asia 2023 akan diadakan di 10 bandar di China, kali kedua negara itu menganjurkan kejohanan tersebut selepas 2004. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button