Jenayah

Lima lelaki Bangladesh ditahan palsukan ujian saringan COVID-19

Pemalsuan dokumen ujian negatif dikeluarkan

POLIS menahan lima lelaki Bangladesh untuk membantu siasatan kes pemalsuan dokumen ujian saringan COVID-19 di Jalan Tengkat Tong Shin, Kuala Lumpur.

Kesemua mereka yang berusia lingkungan 26 hingga 30 tahun ditahan kira-kira pukul 11 malam pada 9 Jun lalu.

Difahamkan kesemua suspek bekerja sebagai buruh binaan di sebuah syarikat pembinaan di Kuala Lumpur.

Coronavirus outbreak and coronaviruses influenza background as dangerous flu strain cases as a pandemic medical health risk concept with disease cells as a 3D render

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya turut merampas lima telefon bimbit dan satu salinan surat saringan COVID-19 yang bertulis Lablink Medical Laboratory.

Pada 6 Jun lalu, polis menerusi Operasi Pemalsuan Dokumen COVID-19 telah menahan dua lelaki Bangladesh yang didapati terlibat dalam sindiket pemalsuan dokumen dengan cara mengeluarkan keputusan ujian saringan COVID-19 yang negatif bagi warganegara asing.

Mazlan berkata, pada 9 dan 10 Jun lalu, pihaknya telah menerima tiga lagi laporan polis berhubung pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19.

“Dalam ketiga-tiga kes tersebut, pihak hospital dan makmal di sekitar Kuala Lumpur telah menerima panggilan / email daripada majikan yang ingin mendapatkan pengesahan laporan keputusan ujian saringan COVID-19.

“Namun begitu, setelah semakan dibuat, pihak hospital dan makmal tersebut mendapati nama pesakit yang dinyatakan dalam laporan keputusan ujian saringan COVID-19 tersebut tidak dapat dikesan dalam rekod berdaftar hospital.

“Doktor yang membuat saringan tidak bertugas di hospital dan makmal seperti dalam laporan keputusan ujian saringan COVID-19 tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 468/471 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen.

Tambahnya, usaha mengesan suspek dan mereka yang terlibat dalam pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 ini sedang giat dijalankan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button