Lexus ES kini kenderaan rasmi MB Perak
KERETA jenis sedan Lexus ES kini menjadi kenderaan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Menurut Ahmad Faizal, sedan Lexus ES, dibeli kerajaan negeri Perak pada harga sekitar RM200,000.
Ahmad Faizal memberitahu media, kenderaan itu dibeli kerana salah satu daripada 16 Toyota Camry milik kerajaan negeri telah dijual kepada bekas penasihat undang-undang negeri Rohana Abd Malek, yang bersara pada bulan Disember lalu. 16 Toyota Camry diperoleh tahun lalu.
“Dia meminta untuk membelinya. Dia adalah penasihat undang-undang kami yang paling lama berkhidmat, jadi kami bersetuju (menjualnya).
“Dia masih perlu membelinya dengan harga lebih dari RM100,000, yang lebih murah daripada membelinya di luar,” katanya.
Kereta dengan kapasiti enjin 2.5L itu dibuat di Jepun dengan harga pasarannya bermula dari RM300,000.-SM