Nasional

Majlis sosial perkahwinan, ulang tahun dan keagamaan dibenarkan 1 Julai

KERAJAAN memberi kebenaran untuk orang ramai melakukan majlis sosial seperti kenduri kahwin, pertunangan, majlis ulang tahun kelahiran serta majlis keagamaan bermula 1 Julai ini.

Bagaimanapun menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob , penganjuran majlis tersebut tidak boleh melebih 5 jam.

“Kapasiti masih kekal tak lebih 250 orang pada satu-satu masa. Ini juga tertakluk pada saiz ruang tempat diadakan. Kalau saiz kecil tak boleh muat satu 250 orang maka setakat yang mampu sahaja,” kata Ismail Sabri.

Pihak pengajur majlis sosial juga tidak dibenarkan untuk menghidang makanan secara buffet sebaliknya mereka perlu menggunakan perkhidmatan pramusaji untuk menghidangkan makanan kepada tetamu.

Penganjur juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk memeriksa suhu badan tetamu, memastikan jalan masuk dan keluar yang berlainan serta memastikan tiada tetamu yang mempunyai simptom Covid-19 hadir.

“Penganjur dan tetamu digalakkan memakai pelitup muka. Mereka perlu menggunakan applikasi MySejahtera atau menyediakan buku kehadiran secara manual.

“Kalau sukar nak kawal penjarakan sosial dipatuhi, kalau penganjur rasa sukar mahu mematuhi SOP maka tak perlu diteruskan majlis. Perlu diingatkan pihak PDRM masih memantau pematuhan SOP. kalau tak mampu patuhi tak perlu buat,” tegas Ismail Sabri dalam sidang akhbar hari ini-SM

 

 

 

(Visited 444 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button