Mahkamah

Lewis & Co tak pernah dilantik pemegang amanah, kendalikan akaun Al-Falah-Faisalludin

SAKSI pendakwa ke-66 yang dipanggil semula untuk memberi keterangan selepas pihak pendakwaan membuat pindaan terhadap kesemua 12 pertuduhan pecah amanah dan rasuah ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi beberapa minggu lalu, Faisalludin Mohamat Yusuff memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Lewis & Co tidak pernah dilantik sebagai pemegang amanah yayasan.

Beliau juga berkata, Yayasan Al-Falah juga tidak pernah melantik mana-mana firma guaman untuk menguruskan duti Al-Falah termasuk melantik Murali dari Lewis & Co.

“Pernah mana-mana ahli Yayasan Al-Falah melantik Murali atau Lewis & Co, pada bila-bila masa sebagai pemegang amanah?” soal Peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal.

“Tidak pernah,” jawab Faisalludin.

“Pernah bagi arahan kepada Murali untuk masukkan cek dalam FD (simpanan tetap),” soal Ahmad Zaidi.

“Tidak pernah,” jawab Faisalludin.

Faisalludin juga berkata, Yayasan Al-Falah tidak pernah membenarkan Murali melakukan apa-apa urusan kewangan Al-Falah.

Pemegang amanah Al-Falah juga tidak pernah memberi arahan kepada Lewis & Co memasukkan cek yayasan ke dalam akaun klien atau Simpanan Tetap, termasuk tidak pernah memberi arahan membayar mana-mana individu atau syarikat atau bank.

Faisalludin juga bersetuju dengan cadangan Peguam Ahmad Zaidi bahawa Murali dari Lewis & Co tidak pernah menjadi pemegang amanah Yayasan Al-Falah.

Secara jujur, saksi ini memberitahu mahkamah bahawa tadi, di dalam bilik saksi, itulah kali pertama beliau bersua muka dengan Murali dari Lewis & Co.

Selama beliau menjadi salah seorang pemegang amanah dalam yayasan (Board of Trustee), Faisalludin berkata, yayasan hanya mempunyai satu akaun dan tidak mempunyai akaun lain selain akuan Affin Bank.

“Satu lagi, pernah atau tidak, pada bila-bila masa, Yayasan Al-Falah terima interest (faedah) Simpanan Tetap?” soal Ahmad Zaidi.

“Tidak pernah,” jawab Faisalludin.

Faisalludin menjawab soalan Ketua Pendakwa, Datuk Raja Rozale Raja Toran, Yayasan Al-Falah dikendalikan oleh Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi dan mempunyai objektif yang sama dengan Yayasan Akal Budi.

Soalan itu dirujuk kepadaPara 3 A yang secara spesifik, definisi religion (agama) tidak dinyatakan.

Tetapi jawab Faisalludin, seingat beliau, motif yayasan ialah kebajikan, keagamaan, khairat, membantu orang miskin.

Ahmad Zahid juga, kata Faisalludin lagi, bukan pemegang amanah dalam Yayasan Al-Falah, tidak mempunyai kuasa untuk melantik pemegang amanah bagi pihak Al-Falah.

Mahkamah diberitahu hari ini, sepucuk surat ditulis kepada Lewis & Co berhubung pembekuan akaun Al-Falah.

“Tujuan surat, terdapat pembinaan masjid, bayaran kontraktor tidak dapat dibuat dan Datuk Seri Nasaiee terpaksa menjual harta peribadinya,” kata Faisalludin.

Ekoran itu, Nasaie pernah dimasukkan ke wad selama sembilan hari kerana tertekan tidak apat membayar kontraktor. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button