Lepas rogol mangsa ditinggalkan berhampiran Balai Polis
Remaja lelaki berusia tahun ditahan oleh pihak polis dalam sebuah bas di Bentong, Pahang kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan pada malam ambang tahun baru.
Suspek yang berusia 17 tahun itu ditahan dalam sebuah bas yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Polis Daerah Pair Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut melalui keluarga mangsa yang hadir ke pejabat polis pada pagi Isnin.
Mangsa yang berusia 13 tahun itu dipercayai keluar dengan suspek tanpa pengetahuan ahli keluarganya.
‘’Mangsa dikatakan keluar dengan suspek menaiki motosikal dari Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu untuk bersiar-siar di sekitar Besut dan Pasir Puteh sempena tahun baharu.
‘’Suspek kemudian didakwa membawa mangsa ke sawah padi sebelum merogolnya dan mangsa ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Balai Polis Banggol Judah, Machang.
‘’Bertindak atas maklumat, kita berjaya memberkas suspek jam 1.00 tengah hari tadi dipercayai cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur.
Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Artikle Berkaitan ;>