BeritaPolitik

PH nak mansuh PRK selepas kalah empat kali berturut-turut – Najib

KUALA LUMPUR – Adakah ini suatu tindakan wajar?

Kerajaan mencadangkan sistem baharu bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak lagi mengadakan pilihan raya kecil (PRK).

Bagaimanapun cadangan tersebut dipersoal Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan cadangan itu adalah seolah-olah mahu menutup kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam empat PRK sebelum ini.

“Setelah kalah empat PRK berturut-turut tahun ini kepada BN (kita tak tanding Sandakan) termasuk kekalahan teruk di Tanjung Piai, PH mahu mansuhkan PRK,” katanya menerusi status yang dimuatnaik dalam Facebooknya.

Beliau berkata demikian mengulas laporan The Malaysian Insight yang menyatakan PRK tidak lagi perlu diadakan sebaliknya akan diganti dengan wakil dari parti sama.

Menurut laporan itu lagi, cadangan itu juga dibuat dengan alasan rakyat sudah membuat pilihan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dengan memilih parti bukan individu.

Netizen marah

Bagaimanapun, cadangan tersebut mengundang reaksi negatif netizen yang menyifatkannya sebagai satu tindakan terdesak oleh parti pemerintah.

“Jangan menafikan hak rakyat. Kalau rakyat dah tolak ahli parti tu kena terima dengan hati terbuka.

“Ini umpama cuba mengelakkan kehilangan kerusi. Betul-betul ‘Rule Of Jungle’ gayanya. Sudah besar kepala kerajaan PH ini,” luah Mohd. Rafi.

“Wah, macam itu pula! Aturan manusia, kalau jatuh pada tangan yang salah yangg boleh mengubahnya, memang senang rakyatnya diperkotak-katikkan. Demokrasi terpimpin konon,” komen Arif Shafrizan Ariffin.

“Kalau mahu sangat macam itu, bubar Parlimen sekarang. Buat PRU semula, kemudian jalankan sistem yang PH cadangkan, kita lihat apa jadi, menang ke tidak?” balas Najib Rahman. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button