Ekonomi

Leon Fuat umum mula guna tenaga hijau

LEON Fuat Bhd (Leon Fuat) mengumumkan telah mengorak langkah ke aras operasi pengeluaran dijana oleh tenaga lestari menerusi pelaburan di dalam panel solar.

Syarikat yang terlibat terutamanya di dalam perniagaan dagangan, pemprosesan dan/ atau pembuatan (secara kolektif dirujuk sebagai “pemprosesan”) produk keluli, mengkhusus di dalam produk panjang berhulung dan rata.

Pengarah Urusan Kumpulan Leon Fuat, Ooi Seng Khong berkata sebanyak RM5.26 juta dilaburkan bagi panel solar sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian Kumpulan dan panel-panel ini akan dipasang berperingkat-peringat bergantung kepada kesiapsediaan tapak projek.

“Kami melihat langkah ini sebagai pelaburan yang baik bagi alam sekitar dalam jangka masa panjang bagi mengurangkan pelepasan karbon CO2 menerusi penggunaan tenaga solar boleh diperbaharui ini dan ia akan menurunkan kos penggunaan tenaga. Inisiatif ini akan membantu kami di dalam inisiatif pengurusan tenaga dan tenaga solar adalah mampan alam sekitar selain berkesan.” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, syarikat telah memantau penggunaan kedua-dua elektrik dan bahan api kami sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 dan maklum terhadap keperluan untuk mendapatkan sumber tenaga yang lebih mampan bagi operasi pemprosesan keluli.

Panel solar photovoltaic (PV) yang dipasang itu akan memiliki kapasiti 2.1 juta kWh setahun, dan syarikat menjangka berjimat sebanyak 30 peratus dalam penggunaan elektrik setahun apabila panel solar tersebut lengkap sepenuhnya

Untuk tujuan pemakluman, tiga daripada subsidiari Kumpulan terlibat di dalam pemprosesan keluli menggunakan sejumlah 4.9 juta kWh elektrik pada 2020, iaitu peningkatan 37.1 peratus berbanding 2019.

“Kami akan terus membina kapasiti organisasi bagi memiliki masa hadapan mampan sambil menumpukan terhadap strategi menambah baik produktiviti menerusi amalan kelestarian dan memberi nilai kepada pemegang saham kami,” kata Ooi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button