Sukan

Leo White, Wan Daniel muncul pendahulu

Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia edisi ke-119

Pemain remaja dari Thailand, Leo White dan Wan Hasnul Daniel Wan Omar muncul pendahulu bersama pada hari pertama Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia Edisi ke-119 di Kelab Golf Tiara & Country di sini hari ini.

Kedua-dua pemain tersebut sekadar selesa melakar catatan satu bawah par 71 dalam kejohanan yang membabitkan 45 pemain lelaki dan 27 pemain wanita.

Wan Hasnul Daniel Wan Omar memberi tumpuan untuk melakukan putting muncul pendahulu bersama di Kejohanan Golf Amatur Malaysia Edisi ke-119 di Kelab Golf Tiara & Country, Melaka.

Wan Hasnul anak kelahiran Melaka berkata, dia akan cuba mengekalkan rentak permainan pada hari kedua untuk menyaingi White.

“Saya bermain kurang baik hari ini walaupun ada lima bogey, satu eagle dan tiga birdie. Insyallah saya cuba bermain lebih baik pada hari kedua esok,” ujarnya ketika ditemui selepas tamat saingan.

Bagi pemain remaja kebangsaan, Nateeshvar Anatha Ganesh yang baru menjuarai Kejohanan Golf Junior Fruktosa RPGC-Taiwan di Kelab Golf Diraja Perak Jun lalu sekadar berada di tempat kedua melakar catatan par-72.

Dia berkongsi kedudukan bersama dua pemain dari Korea iaitu Park Jae Min dan Seung Hyun Pi.

Seorang lagi anak jati Melaka, Muhammad Adif Haikal Md. Hazan yang menjuarai Kejohanan Amatur Terbuka SIG di Batam, Indonesia sekadar berada di tempat ketiga
dengan catatan 73 pukulan.

Dia berkongsi kedudukan bersama tiga pemain lain iaitu Hariz Hezri, Muhammad Farez Mohd. Azihan dan pemain remaja dari Vietnam, Nguyen Anh Minh.

Sementara itu bagi kategori wanita pula pemain remaja China, Liu Yujie muncul pendahulu apabila melakar catatan tiga bawah par 69 pukulan.

Kelebihan satu pukulan dia mengatasi rakan senegaranya, Ng Jing Xuen yang mencatat dua bawah par 70.

Jing Xuean berkongsi kedudukan bersama pemain remaja dari Thailand, Pimpisa Rubrong apabila turut mencatat dua bawah par 70. – SM

Artikel berkaitan > Pemain lima negara sertai Kejohanan Golf Road To Historical Melaka 2023

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button