Nasional
Lelaki Orang Asli maut dipijak gajah
SEORANG lelaki Orang Asli maut dipercayai dipijak gajah liar di kawasan kebun getah di Kampung Lerlar, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, di Gerik semalam.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, berdasarkan siasatan, warga emas berusia 65 tahun itu dikatakan pergi ke kebun berkenaan sekitar pukul 3.15 petang untuk mencari kayu.
Katanya, menurut anak perempuan mangsa berusia 44 tahun yang berada di rumah kebun dekat lokasi kejadian, telah mendengar teriakan bapanya dan tempikan gajah.
“Setelah keadaan reda, wanita itu bersama abang iparnya ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.
“Pada masa sama, mereka turut terlihat kelibat gajah di lokasi kejadian,” katanya. – SM