Lelaki mengamuk tembak mati 16 orang di Kanada
SEORANG lelaki yang menyamar sebagai anggota polis menembak mati 16 orang dalam kejadian amuk di wilayah Nova Scotia, Kanada ada Ahad.
Ia merupakan kejadian amuk terburuk dalam tempoh 30 tahun sejarah Kanada.
Pegawai polis merupakan antara yang menjadi mangsa. Beberapa mayat ditemukan di luar dan di dalam sebuah di pekan kecil luar bandar, Portapique kira-kira 100 kilometer dari Halifax.
Mayat juga ditemukan di beberapa lokasi dan bangunan turut dibakar.
“Ini merupakan tindakan paling tidak berperasaan dalam sejarah wilayah kami,” kata pemimpin Nova Scotia, Stephen McNeil.
Jurucakap Polis Diraja Kanada (RMCP), Daniel Brien mengesahkan 16 orang terbunuh dalam kejadian itu.
Anggota polis yang turut menjadi mangsa ialah Konstabel Heidi Stevenson, ibu kepada dua anak yang sudah 23 tahun bersama pasukan itu.
Penembak itu dikenal pasti sebagai seorang lelaki bernama Gabriel Wortman, 51, yang dipercayai tinggal di Portapique.
Pihak berkuasa berkata, dia memakai uniform polis dan menjadikan keretanya kelihatan seperti kereta polis.
Pihak berkuasa juga percaya dia mencasarkan kepada seorang mangsa sebelum memulakan seraangan serangan secara rambang.
Pada mulanya polis mengesahkan penahanan suspek di sebuah stesen minyak di Enfield berhampiran Halifax, tetapi kemudian mengatakan dia maut. Tetapi tidak pasti apa punca kematian suspek sebab tidak dijelaskan.
Jurucakap RCMP itu juga tidak menolak kemungkinan angka kematian lebih tinggi. – Al Jazeera