fbpx
Nasional

Bekas penyampai Berita RTM, Farit Ismeth Emir meninggal dunia

BEKAS penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir meninggal dunia hari ini di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh anak allahyarham, Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, DJ Fuzz.

“Farit Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

“Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM, merupakan individu yang penting dan sudah tentu beliau akan dirindui,” kata DJ Fuzz.

Allahyarham Farit Ismeth Emir, 66, merupakan salah seorang penyampai berita senior di stesen penyiaran tersebut, juga merupakan seorang pembaca berita yang popular menerusi slot Berita Dunia Jam 10.


Bahkan allahyarham juga merupakan seorang guru yang tidak lokek ilmu dalam memberi bimbingan kepada pelatih amali yang memilih untuk membuat latihan amali di Bilik Berita RTM.

Beliau juga mempunyai suara ‘lelaki’ yang menyegarkan setiap kali muncul membaca berita di kaca TV.

Allahyarham meninggalkan tujuh orang cahaya mata termasuk DJ Fuzz.

Salam takziah daripada warga kerja SUARA MERDEKA buat keluarga allahyarham Farit Ismeth Emir. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button