Nasional

26 rakyat Malaysia di Amerika Selatan dibenar pulang

RAKYAT Malaysia yang berada di negara-negara Amerika Selatan dijangka akan diterbangkan pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

Hal demikian disahkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memaklumkan sebuah pesawat sedang diatur untuk membawa mereka pulang.

[BACA] ADT Biotech dapat kelulusan regulatori kit ujian kesan SARS-COV-2 — Suara Merdeka

Seramai 26 rakyat Malaysia dilaporkan terkandas di Peru dan Bolivia selepas Koronavirus (Covid-19) diisytihar pandemik sehingga memaksa kebanyakan negara menutup pintu sempadan dan lapangan terbang.

Menurut beliau, kesemua mereka akan menaiki pesawat melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Sao Paulo di Brazil.

“Alhamdulillah, gembira lihat gambar ini. Insya Allah, 26 orang rakyat kita yang terkandas akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

“Mereka akan menaiki sebuah pesawat melalui Sao Pulo, Brazil,” katanya dalam Facebook malam tadi.

Tambah Hishammuddin, kepulangan mereka dari negara Amerika Selatan itu juga merupakan usaha daripada kedutaan negara di Lima dan Brasilia.

[BACA] COVID-19: Pujian tinggi melambung `membunuh’ Singapura — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: Thailand catat kematian sifar dua hari berturut-turut

“Syabas Kedutaan Malaysa di Lima dan Brasilia kerana memudahkan urusan kepulangan mereka. Seluruh warga Wisma Putra tumpang bangga,” ujarnya.

Dalam perkembangan terkini pandemik Covid-19, di Peru, seramai 15,628 kes jangkitan dan 400 kematian dicatatkan. Sementara 6,811 pesakit pulih dilaporkan.

Berbanding Peru, Bolivia sekadar mencatatkan 564 kes jangkitan dan 33 kematian. Bagi pesakit yang pulih pula, seramai 31 orang direkodkan.

Sementara itu, Suara Merdeka semalam melaporkan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memberitahu terdapat satu kluster baharu dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pulang dari Indonesia pada 16 April lalu.

Menurutnya, kluster baharu itu terdiri daripada 43 orang pelajar yang pulang dari Temboro iaitu salah satu tempat diisytihar zon merah oleh kerajaan Indonesia.

[BACA] COVID-19: Satu kluster baharu pulang dari Temboro dikesan — Suara Merdeka
[BACA] MAIPs permudahkan zakat atas talian ekoran pandemik COVID-19 dan PKP — Suara Merdeka

Dalam masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan 84 kes baharu dilaporkan, 95 pesakit pulih dan seorang dilaporkan meninggal dunia. – SM

(Visited 917 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button