Nasional

Lelaki ditemukan mati dalam kereta sport jenis McLaren 570S

Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kereta sport jenis ,McLaren 570S di hadapan sebuah pusat hiburan dekat Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Mayat lelaki berusia 28 tahun itu ditemuikan orang awam yang kemudian memaklumkan kepada polis.

Memetik laporan BHOnline, perkata itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dan masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini.

“Berdasarkan siasatan awal, kereta yang digunakan adalah kereta sewa jadi kita masih menyiasat daripada semua sudut berhubung penemuan mayat lelaki ini.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan setakat ini tiada sebarang unsur jenayah ditemui,” katanya ketika dihubungi BH.

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Kita juga turut sedang menyiasat bagaimanakah kereta yang dinaiki si mati berada di hadapan pusat hiburan berkenaan,” katanya. – SM

(Visited 412 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button