Jenayah
Lelaki ditahan tembak bunga api ke arah OKU
Polis telah menahan seorang suspek berusia 24 tahun yang ditangkap menembak bunga api dan membuli seorang lelaki kurang upaya di Sarawak dalam satu video yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuching Ahsmon Bajah berkata suspek ditahan selepas satu laporan dibuat di balai polis Santubong semalam.
Dalam video itu, suspek dilihat menyalakan lilin Rom dan mengarahkannya ke arah mangsa, yang cuba bersembunyi di sebalik tangga.
Suspek kemudian berpura-pura menyerang mangsa dengan objek tumpul.
Ashmon berkata, suspek bekerja di sebuah syarikat kurier dan mangsa tinggal berhampiran dengan lokasi kejadian.
Suspek telah direman selama empat hari dan akan disiasat kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan dan kecuaian dengan bahan letupan.