MahkamahNasional

Lelaki cederakan wanita di parkir kondominium ditahan

TINDAKAN seorang lelaki berusia 58 tahun mencederakan seorang wanita di kawasan tempat meletak kenderaan di sebuah kondominium di Desa Petaling, Petaling Jaya, Selangor menundang padah apabila dia ditahan polis.

Kejadian berlaku pada 16 Disember lalu dan susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat oleh pengadu yang berusia 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Cheras, Mohamed Mokhsein Mohamed Zon dalam satu kenyataannya hari ini berkata, kejadian berlaku dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dan suspek.

“Suspek yang ditahan pada hari yang sama didakwa di mahkamah pada semalam di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya. – SM

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button