Lelaki Buta Yang Jadi Peguam Kepada Peter Parker Bukan Calang-Calang Orangnya!
Dalam filem Spider-Man: No Way Home yang mula ditayangkan baru-baru ini terdapat beberapa easter egg yang dipamerkan secara sepintas lalu.
Salah satunya semasa babak Peter Parker dan lain-lain ditahan di balai polis setelah identiti Spider-Man mula diketahui umum dan menimbulkan panik.
Ketika ditahan, Peter Parker bersama seorang peguam yang buta (lakonan Charlie Cox) dan dalam ruang itu, terdapat seketul batu dilontar ke dalam balai polis.
Namun demikian peguam yang buta itu berupaya menangkap batu itu sekali gus mengejutkan Peter Parker dan lain-lain.
Ada yang teruja namun ramai juga yang seperti tercengang kenapa ada yang teruja. Jawapannya adalah kerana lelaki itu adalah Matt Murdock.
Siapa Matt Murdock? Dalam Marvel, Matt Murdock adalah seorang peguam buta yang memiliki tindak balas yang sangat cekap.
Disebabkan kemahiran itu, Matt Murdock juga sebenarnya seorang adiwira dan dia memakai nama Daredevil dan berlokasi di Hell’s Kitchen.
Tambahan pula, penonton tidak sedar bahawa lelaki yang muncul itu adalah Matt Murdock yang membawa watak Daredevil kerana ia antara drama bersiri Marvel yang ditayangkan di Netflix.
Jadi kepada sesiapa yang pernah menonton filem Daredevil lakonan Ben Affleck suatu ketika dahulu pun pasti akan terpinga-pinga dengan situasi berkenaan!