Luar NegaraRencah Hidup

Lelaki berani mati masukan mikrocip kad bank ke dalam anggota tubuh

Seorang individu sanggup memasukkan implant mikrocip kad bank di bahagian kulit tangan bawahnya yang menelan kos sebanyak 350 poun sterling atau (RM1,877).

Secara tidak langsung, lelaki yang dikenali sebagai Arinie Szoke, 40, menjadi lelaki pertama di Britain berani melakukan perkara seperti itu.

The Sun melaporkan, Szoke sanggup tangannya dibedah untuk memasukkan mikrocip kad bank miliknya berukuran setengah milimeter dan dijahit semula dalam masa lima minit.

Menurut beliau, penggunaan cip itu memerlukan ilmu dan perlu mempunyai kepakaran yang tinggi untuk membuat pembayaran.

“Semenjak saya melakukan implant mikrocip ke dalam tangan saya, saya tidak perlu lagi membawa dompet ke mana-mana.

“Bahkan ramai yang bertanya bagaimanakah untuk melakukan ini kerana ramai yang memuji mengatakan apa yang saya lakukan ini kelihatan hebat” katanya.

Sebelum ini beliau pernah mengajak isterinya melakukan pekara yang sama namun isterinya menolak kerana belum bersedia selain bimbang jika terjadi sebarang perkara yang tidak diingini.

Cip yang berada di tangan Szoke itu juga mempunyai tamat tempoh, sama seperti kad bank biasa.

Untuk menukarnya nanti, Szoke perlu melakukan pembedahan pada tahun 2029 dengan kos sebanyak 130 poun sterling (RM696).

Jika berani memasukkan sesuatu mikrocip ke dalam anggota badan, adakah ia memudahkan pada masa akan datang atau meninggalkan kemudaratan pada bahagian tubuh anda? – SM

(Visited 308 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button