Sukan

Lee Zii Jia ke suku akhir terbuka Indonesia

PEMAIN badminton profesional negara, Lee Zii Jia mara ke suku akhir Terbuka Indonesia namun terpaksa berhadapan saingan sengit pemain China, Weng Hong Yang malam tadi.

Zii Jia yang kini menghuni tangga  ketujuh dunia tewas pada set pertama 20-22, namun dia  bangkit dengan bergaya untuk membenam lawan yang menghuni ranking dunia ke-19 itu 21-9.
Momentum itu diteruskan pada set penentuan untukmencatat kemenangan 21-16 untuk mengesahkan kemaraan ke suku akhir.
Menantinya di suku akhir ialah juara dunia 2023 Kunlavut Vitidsarn dari Thailand yang melangkah ke suku akhir dengan menumpaskan wakil India Priyanshu Rajawat 21-10, 21-17.

Kali terakhir Zii Jia membuat perhitungan dengan Kunlavut adalah pada pusingan ketiga di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 tahun lepas yang menyaksikan pemain negara berusia 26 tahun itu menang 10-21, 21-19, 21-6.
Selain itu beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah turut mara ke pusingan suku akhir selepas menewaskan pasangan tuan rumah Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-18, 21-19 pada aksi pusingan kedua dan akan bertemu pasangan nombor satu dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China.
Beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut menempah slot di suku akhir selepas mengatasi cabaran gandingan Denmark Mathias Christiansen-Alexandra Boje 15-21, 23-21, 21-14.
Pasangan nombor 21 dunia itu akan bertemu pilihan kelapan kejohanan Kim Won Ho-Jeong Na Eun dari Korea Selatan.
Terdahulu, tiga wakil negara berjaya meloloskan diri ke suku akhir iaitu pemain perseorangan lelaki Leong Jun Hao dan dua beregu lelaki Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button