Nasional

Lebuhraya KLK, LPT 1 selamat diguna – LPT

LEBUHRAYA Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) selamat untuk pengguna.

Menerusi media sosial Twitter  LPT yang telah dikemaskini, bagaimanapun memandangkan keadaan cuaca mendung pengguna lebuhraya adalah dinasihatkan memastikan kenderaan berada dalam keadaan optimum sebelum memulakan perjalanan.

Para pengguna jalanraya turut diingatkan agar mematuhi had laju yang telah ditetapkan dan sentiasa memasang lampu kenderaan sekiranya cuaca hujan.

Sementara itu, LPT turut memaklumkan, paras air di sepanjang kawasan panas (hot spot) masih rendah setakat ini.

“Pemantauan berterusan akan dilakukan sehingga musim tengkujuh berakhir,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button