Alam SekitarAuto TravelTravelUncategorized

‘Lebih baik bunuh orang dari sentuh penyu’!?

Lebih baik bunuh orang dari sentuh penyu, itulah ungkapan dari orang-orang bajau laut yang tingal di atas laut, Semporna Sabah.

Semporna terkenal dengan laut biru, pasir pantai yang putih, sudah pasti sesiapa yang bercuti ke pulau akan jatuh cinta dengan keindahan.

Melihat keindahan terumbu karang berwarna-warni dan penyu sudah tentu sangat teruja melihat keindahan itu.
Namun tahukah anda, penyu semakin pupus di Wilayah Malaysia, dek kerana menusia semakin rakus.

Penyu laut telah mengalami penurunan yang dramatik dalam jumlah populasi dalam jangka waktu terakhir ini.
Faktor kepupusan penyu disebabkan oleh alam sekitar atau pencemaran antara penyebabnya.

Manusia menjadi ancaman utama kerana apabila mereka mengutip telur penyu, mereka akan kutip 100 peratus telur.

Bahkan ada juga permintaan dari luar negara untuk dijadikan hidangan ketika makan dan acara pemujaan dari sesetengah agama.

Oleh itu bagi memelihara habitat tersebut, pihak kerajaan mengeluarkan undang-undang di bawah akta perikanan 1985, di bawah Seksyen 43 dan Seksyen 27.

Akta sentuh penyu
Akta sentuh penyu

Akta ini secara jelas tiada seorang pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap atau mengambil penyu.

Kata orang-orang di Semporna akta ini sangat berat, sehinggakan ada penduduk di sana sendiri tidak berani untuk menyentuh habitat tersebut mahupun batu karang.

Kedua-dua seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 maksimum, jika sabit kesalahan.

Orang ramai dinasihatkan menjaga kebersihan pantai serta tidak membuang sampah merata-rata yang akan menjadi ancaman kepada hidupan reptilia tersebut.

Jika ada di antara anda yang merancang untuk penyelam ke Semporna pastikan tidak menyentuh batu karang dan penyu.! – SM

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulihara penyu:

  • Jangan makan telur penyu
  • Jangan ganggu penyu yang sedang bertelur
  • Jangan ganggu anak penyu yang menetas merangkak ke laut
  • Jangan beli kraftangan/cenderamata yang dibuat daripada penyu
  • Jangan buang sampah ke pantai/laut/sungai
  • Jangan buang jaring/pukat/pancing ke dalam laut
  • Sokong aktiviti pemuliharaan penyu yang dijalankan di Malaysia
  • Hubungi Jabatan Perikanan Malaysia di talin 03-8888 5019 sekiranya terdapat penyu terdampar

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button