Politik

Lebih 110 ahli parlimen masih sokong kerajaan

Ketua Whip kerajaan hari ini menjelaskan lebih 110 ahli parlimen masih memberi sokongan kepada kerajaan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaako berkata, penyataan sokongan itu supaya rakyat bertenang dalam menghadapi situasi terkini dan bersama-sama berdoa kemelut politik berakhir segera.

“Saya menjunjung akan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada hari ini,” katanya.

Tambah beliau, situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik COVID-19.

Kenyataan media memberi sokongan itu dikeluarkan berikutan pihak pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan sudah kehilangan sokongan majoriti kerajaan.


Terdahulu Yang di-Pertuan Agong menzahirkan amat dukacita dengan perkembangan terkini politik tanah air.

Baca:

Darurat: Agong amat dukacita, kenyataan Takiyuddin mengelirukan

(Visited 100 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button