Uncategorized

LBS lancar kediaman mampu milik berprestij, berkualiti

PEMAJU perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) memperkenalkan projek terbaru mereka, Prestige Residence, sebuah pangsapuri servis merangkumi 1,450-unit yang dibina di atas tanah seluas 8 ekar di Seri Kembangan, Selangor dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM301 juta.

Prestige Residence akan menjadi kediaman sempurna, baik untuk mereka yang baru berkeluarga mahupun untuk golongan individu berkerjaya.

Terdiri daripada tiga jenis susun atur, dengan ukuran binaan bermula daripada 600 kps sehingga 850 kps dan  harga permulaan yang berpatutan iaitu RM270,000.

Dilengkapi dengan 40 kemudahan dan rumah kelab 2 tingkat yang eksklusif, bakal pemilik residensi ini mempunyai pelbagai pilihan aktiviti untuk memupuk sesi ikatan keluarga yang sihat di samping mempromosikan semangat muafakat dalam masyarakat.

Kediaman ini juga menyediakan akses mudah ke lebuh raya utama dan pelbagai kemudahan awam utama, seperti hab komersial, institusi kewangan, lapangan terbang antarabangsa, penyedia perkhidmatan kesihatan, dan banyak lagi kemudahan lain.

“Saya sentiasa mempercayai bahawa generasi masa hadapan patut memulakan langkah pertama mereka dengan membeli rumah yang mampu dimiliki dan berkualiti.

Selain itu, lokasi yang strategik juga penting kerana ianya membuka peluang pekerjaan dan pendidikan kepada pemilik kediaman. Perkara terakhir yang menjadi asas kepada pembinaan projek LBS adalah komuniti, di mana ianya amat penting bagi pembeli baik untuk dijadikan sebagai tempat tinggal ataupun untuk tujuan pelaburan pada masa hadapan.

“Prestige Residence adalah lambang penyatuan ketiga-tiga asas yang menjadi pegangan LBS. Saya yakin bahawa Prestige Residence berupaya menterjemahkan kemampuan LBS di dalam memberikan peluang bagi pembeli rumah pertama untuk mendapatkan kediaman mereka dengan harga yang menarik dan kualiti binaan yang baik” jelas Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San.

Sempena dengan pelanjutan tarikh kempen Bonanza Vacci-Nation sehingga ke penghujung tahun 2021, ini merupakan masa yang amat sesuai bagi pembeli rumah untuk mendapatkan rumah impian mereka, di mana LBS akan memberikan insentif tunai berjumlah RM671,120 serta insentif tunai tambahan sehingga RM334,500 bagi mereka yang telah mendaftar atau lengkap divaksinasi.

Baru-baru ini, LBS Bina turut memberikan hadiah bernilai RM445,000 pada pusingan pertama cabutan bertuah kempen LBS Fabulous 20-21.

Oleh itu, pembeli rumah Prestige Residence yang membuat pesanan sehingga akhir tahun layak untuk menyertai cabutan bertuah pusingan ke-2.

Hadiah lumayan dan menarik seperti Proton X70,  Persona, Iriz, Exora bernilai lebih dari RM750,000 menanti  untuk dimenangi.

Untuk maklumat terperinci mengenai projek Prestige Residence, sila kunjungi bilik pameran maya kami di https://prestigeresidence.com.my atau hubungi kami di 1700 81 8998 untuk mengetahui lebih lanjut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button