Nasionalpilihan

Keramahan Ismail Sabri bersama rakyat cerminkan semangat Keluarga Malaysia

KONSEP Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob nampaknya terus menjadi perhatian warganet.

Apatah lagi dengan tindakan spontan yang sering dilakukan Ismail Sabri terutamanya bertegur sapa dan meluangkan masa seketika bersama rakyat mencerminkan lagi semangat konsep yang dibawakan menerusi kepimpinannya.

Tidak mengenal golongan, Perdana Menteri ke sembilan itu juga dilihat mesra rakyat apabila keberadaannya di beberapa lokasi sebelum ini di luar protokol kebiasaan.

Terbaharu, Ismail sempat membuat ‘kunjungan’ mengejut kepada beberapa media yang sedang sibuk menyiapkan berita selepas Sidang Media Khas berhubung kebenaran rentas negeri yang diadakan semalam.

Menerusi rakaman video berdurasi lebih 1 minit itu, dapat dilihat Ismail menyapa petugas media yang apa yang sedang mereka lakukan.

Video itu juga turut dimuat naik beberapa petugas media sehingga menjadi tular di laman sosial seperti TikTok dan Instagram.

Tidak dinafikan, Ismail sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri juga memang dikenali sebagai pemimpin yang mesra media. Jadi, tidak mustahil dia juga sangat disenangi oleh petugas media yang hadir membuat liputan. -SM

(Visited 328 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button