fbpx
MahkamahNasional

Laungan ‘Bossku’ sambut Najib di mahkamah

Keputusan perbicaraan jenayah Najib Razak terhadap dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dana 1MDB akan disampaikan hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Penyokong Najib sudah dilihat berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi.

Najib masuk ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan duduk di barisan depan tempat duduk awam.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi duduk di sebelahnya.

Keadaan agak sesak kerana ramai dilihat ingin bergambar dengan bekas perdana menteri itu.


Najib yang memakai sut coklat dan pelitup muka kemudian diiringi dengan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan memasuki Mahkamah itu.

Show More

Related Articles

Back to top button