Nasionalpilihan

Laporan Zarina Anjoulie terhadap anggota polis wanita sedang disiasat

Polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung dengan satu laporan yang telah dibuat oleh pelakon Zarina Anjoulie.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis dibuat pelakon itu berkenaan dakwaan imej gambarnya telah tersebar di media sosial dikatakan sedang berada di dalam bilik di bahagian siasatan jenayah narkotik IPD Nilai, Negeri Sembilan.

“Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseoran dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998  kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Selain itu, siasatan selari oleh pihak Jabatan Intergriti Dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Sembilan turut dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pihak PDRM memandang serius terhadap laporan yang dibuat pengadu serta tindakan tegas akan diambil jika siasatan mendapati wujud sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan prosedur siasatan.

“Justeru, PDRM menasihati orang ramai agar tidak mensensasikan fakta isu ini dan memberikan ruang kepada PDRM menjalankan satu penyiasatan yang telus dan adil,” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon berkenaan membuat satu laporan polis dan akan mengambil tindakan saman terhadap seorang anggota polis wanita. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button