Nasional

Kenyataan penuh berkaitan PKPD KL dan Selangor

KENYATAAN MEDIA MENTERI KANAN PERTAHANAN
1 JULAI 2021
MENGENAI PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) & PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)
Pemantauan dan Penguatkuasaan SOP COVID-19 di Sektor Perkilangan dan Premis Perniagaan
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kerajaan akan mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang- kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan.
Secara kumulatifnya, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 98,376 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 20,701 orang.
Semalam, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melakukan 2,133 pemeriksaan ke atas kilang dan 11,369 premis perniagaan.
Daripada jumlah itu, tiga (3) kilang dan 10 premis diarahkan tutup kerana didapati melanggar arahan kerajaan dan SOP.
Page |1

Page |2
PKPD Negeri Selangor dan WP Kuala Lumpur
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pembentangan
kepada Mesyuarat Jawatakankuasa Teknikal Majlis Keselamatan
Negara (MKN) mengenai situasi COVID-19 di negeri Selangor dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan yang tinggi.
Selangor melaporkan purata kes harian COVID-19 antara 1,800 ke
1,900. Manakala di WP Kuala Lumpur purata kes harian adalah dalam
lingkungan 600 ke 1,000 kes. Kesemua daerah di Selangor dan WP
Kuala Lumpur melaporkan insiden kes COVID-19 melebihi 12.1
/100,000 penduduk.
Data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di kedua-dua
negeri ini masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend
penurunan. Situasi ini adalah membimbangkan apabila mengambil kira
kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India)
dan Alpha B.1.1.7 (UK).
Sehubungan itu, melalui perbincangan pelbagai agensi serta
berdasarkan penilaian risiko oleh KKM, Majlis Keselamatan Negara memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di WP Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021
sehingga 16 Julai 2021.

Mukim-mukim yang terlibat adalah seperti berikut:
Daerah Petaling Mukim:
 Petaling
 Damansara
 Sg Buloh
 Bukit Raja
Daerah Hulu Langat Mukim:
 Hulu Langat
 Ampang
 Cheras
 Kajang
 Semenyih
 Beranang
Daerah Sepang Mukim:
  
Page |3
Dengkil
Labu
Sepang

Page |4
Daerah Gombak Mukim:
    
Daerah Kuala Langat Mukim:
      
Daerah Klang Mukim:
 
Daerah Kuala Selangor Mukim:
 Ijok 

Batu
Rawang
Setapak
Hulu kelang
Kuang
Tanjung 12 (1)
Tanjung 12 (2)
Teluk Panglima Garang
Morib
Bandar
Jugra
Batu
Kapar
Klang
Bestari Jaya
Jeram

Page |5
Daerah Hulu Selangor Mukim:
   
Manakala bagi WP Kuala Lumpur melibatkan lokaliti seperti berikut:
 
 Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
 Flat Seksyen 1 Wangsa Maju 




 Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
 Kampung Batu Muda
 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
 Bandar Baru Sentul
 Taman Ikan Emas
Serendah
Rasa
Ulu Yam
Batang Kali
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
Kampung Padang Balang
Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
Flat Sri Sabah
Kampung Puah
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas

Page |6 Dengan pelaksanaan PKPD ini, SEMUA laluan kawasan PKPD akan
ditutup dan dikawal oleh PDRM.
KKM akan melaksanakan ujian saringan secara bersasar ke atas semua penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat.
Jawatankuasa penyelaras Program Vaksinasi Kebangsaan juga memberi jaminan bahawa
Oleh yang demikian, pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal DIBENARKAN dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.
Lapangan terbang dan Pelabuhan dibenarkan beroperasi seperti biasa. Aktiviti dan perkhidmatan pengangkutan awam (keretapi, komuter, bas, lapangan terbang, teksi, feri, e-hailing) dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan kapasiti 50%.
Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan dua (2) orang sahaja termasuk pemandu.
Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8.00 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran PDRM.
Hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) sahaja DIBENARKAN untuk beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan.
Semua penduduk di dalam kawasan PKPD TIDAK DIBENARKAN keluar dari kediaman masing-masing KECUALI seorang (1) sahaja
wakil isi rumah keluar hanya untuk membeli keperluan asas di kawasan
PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.
program pemberian vaksin akan dipertingkat
dan dipergiatkan di kawasan-kawasan yang terlibat.

Page |7
Selain itu, hanya kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih (loaf), gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka dibenarkan beroperasi.
Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu (essential services) atau menjalankan tugas rasmi Kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.
Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu TIDAK DIBENARKAN keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah (work from home).
Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang serta premis- premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat MITI yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), pandu lalu (drive-thru) atau penghantaran (delivery) sahaja DIBENARKAN.
Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
Hospital, klinik dan makmal perubatan DIBENARKAN beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.
Kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

Stesen minyak DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam.
Pasar borong DIBENARKAN beroperasi bermula 12.00 pagi hingga 6.00 pagi.
Pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) & MyFarm Outlet (MFO) DIBENARKAN beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 2.00 petang.
Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah TIDAK DIBENARKAN.
Kebenaran dan SOP seperti yang dinyatakan di atas merupakan sebahagian daripada SOP penuh. SOP ini terguna pakai bagi pelaksanaan PKPD di mukim-mukim di Negeri Selangor dan lokaliti-lokaliti di WP Kuala Lumpur.
Maklumat terperinci mengenai SOP boleh dirujuk di laman sesawang MKN di https://www.mkn.gov.my.
Page |8

Page |9 PKPD Kilang Latexx Manufacturing Sdn Bhd dan Asrama Pekerja
Latexx Village, Taiping, Perak
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes COVID-19 di Kilang Latexx Manufacturing Sdn Bhd dan Asrama Pekerja Latexx Village, Taiping, Perak.
Berlaku peningkatan kes dalam tempoh singkat apabila sebanyak 237 kes positif telah direkodkan selepas KKM melakukan 795 saringan di lokaliti tersebut.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kilang Latexx Manufacturing Sdn Bhd dan Asrama Pekerja Latexx Village, Taiping, Perak berkuat kuasa 3 Julai sehingga 16 Julai 2021.
Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.
PKPD Asrama Pekerja Kilang Latexx 3, Jalan IKA Industri Kamunting Aman, Kamunting, Perak
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes COVID-19 di Asrama Pekerja Kilang Latexx 3, Jalan IKA, Industri Kamunting Aman, Kamunting, Perak.
KKM mendapati berlaku peningkatan kes dalam tempoh singkat apabila sebanyak 213 kes positif telah direkodkan selepas KKM melakukan 561 saringan di lokaliti tersebut.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Pekerja Kilang Latexx 3, Jalan IKA Industri Kamunting Aman, Kamunting, Perak berkuat kuasa 3 Julai sehingga 16 Julai 2021.
Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut

PKPD Mukim Kuala Kuantan 1, Kuantan, Pahang
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes COVID-19 di Mukim Kuala Kuantan 1, Kuantan, Pahang,
Sehingga kini, KKM melakukan 5,219 ujian saringan dan 369 kes positif COVID-19 dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Kuala Kuantan 1, Kuantan, Pahang berkuat kuasa 3 Julai sehingga 16 Julai 2021.
Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.
PKPD Taman Mewah, Kelemak, Alor Gajah, Melaka
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes COVID-19 di Taman Mewah, Kelemak, Alor Gajah, Melaka.
Terdapat peningkatan kes apabila KKM telah merekodkan 55 kes positif COVID-19 dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Mewah, Kelemak, Alor Gajah, Melaka berkuat kuasa 3 Julai sehingga 16 Julai 2021.
Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.
Page |10

PKPD 2 lokaliti di Tawau, Sabah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di dua (2) lokaliti di Tawau, Sabah melibatkan:
 Kampung Mangga, Nasip Kita
 Kampung Kijang, Balung
Sehingga kini, sebanyak sembilan (9) kes telah direkodkan Kampung Mangga, Nasip Kita selepas 58 individu disaring manakala di Kampung Kijang, Balung 17 individu telah menjalani ujian saringan dan 15 daripadanya disahkan positif COVID-19.
KKM juga mendapati kes telah menular dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua (2) lokaliti di Tawau, Sabah berkuat kuasa 3 Julai sehingga 16 Julai 2021.
Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan.
PKPD Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu, Sabah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu, Sabah.
Sehingga kini, seramai 27 individu telah menjalani ujian saringan dan 17 daripadanya disahkan positif COVID-19. KKM juga mendapati kes telah menular dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.
Page |11

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu, Sabah berkuat kuasa 3 Julai sehingga 16 Julai 2021.
Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.
PKPD Kampung Lingkodon, Kota Belud, Sabah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Kampung Lingkodon, Kota Belud, Sabah.
Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 28 ujian saringan dan lapan (8) daripadanya disahkan positif COVID-19.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Lingkodon, Kota Belud, Sabah berkuat kuasa 3 Julai sehingga 16 Julai 2021.
Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.
PKPD Kampung Pintas Kubu, Beaufort, Sabah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Kampung Pintas Kubu, Beaufort, Sabah.
Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 26 ujian saringan dan sembilan (9) daripadanya disahkan positif COVID-19.
Page |12

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Pintas Kubu, Beaufort, Sabah berkuat kuasa 3 Julai sehingga 16 Julai 2021.
Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.
PKPD Kampung Muhibbah, Putatan, Sabah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Kampung Muhibbah, Putatan, Sabah.
Sehingga kini, seramai 17 individu telah menjalani ujian saringan dan 12 daripadanya disahkan positif COVID-19. KKM juga mendapati kes telah menular dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Muhibbah, Putatan, Sabah berkuat kuasa 3 Julai sehingga 16 Julai 2021.
Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.
Page |13

PKPD Kampung Goshen, Kota Marudu, Sabah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Kampung Goshen, Kota Marudu, Sabah.
Sehingga kini, KKM telah melakukan 57 ujian saringan dan 13 daripadanya dikesan positif COVID-19 dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Goshen, Kota Marudu, Sabah berkuat kuasa 3 Julai sehingga 16 Julai 2021.
Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan.
Page |14
SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang
MKN di www.mkn.gov.my

Page |15 Pelanjutan PKPD 9 Rumah Panjang Sungai Rassau, Batang Igan,
Mukah, Sarawak
Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sembilan (9) Rumah Panjang Sungai Rassau, Batang Igan, Mukah, Sarawak yang dijadualkan tamat pada 2 Julai 2021.
Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 299 ujian saringan dan 62 daripadanya disahkan positif COVID-19.
KKM juga mendapati masih berlaku penularan dalam kalangan penduduk serta terdapat juga kes baru direkodkan di lokaliti tersebut.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di sembilan (9) Rumah Panjang Sungai Rassau, Batang Igan, Mukah, Sarawak bermula 3 Julai sehingga 16 Julai 2021.
Pelanjutan PKPD Asrama Pekerja Warga Asing dan Kawasan Kilang Wah Cens Plastic Industries & Metal Sdn Bhd, Buloh Kasap, Segamat, Johor
Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Pekerja Warga Asing dan Kawasan Kilang Wah Cens Plastic Industries & Metal Sdn Bhd, Buloh Kasap, Segamat, Johor yang dijadualkan tamat pada 2 Julai 2021.
Dalam tempoh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 1,026 ujian saringan dan 700 daripadanya disahkan positif COVID-19.
KKM juga mendapati masih berlaku penularan dalam kalangan penduduk serta terdapat juga kes baru direkodkan di lokaliti tersebut.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Asrama Pekerja Warga Asing dan Kawasan Kilang Wah Cens Plastic Industries & Metal Sdn Bhd, Buloh Kasap, Segamat, Johor bermula 3 Julai sehingga 16 Julai 2021.
Penamatan Awal PKPD Taman Sri Purnama, Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan
Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Sri Purnama, Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan yang dijadualkan tamat pada 3 Julai 2021.
Sepanjang pelaksanaan PKPD, KKM telah melakukan 264 ujian saringan dan 27 daripadanya disahkan positif COVID-19.
Pada masa sama, KKM mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Taman Sri Purnama, Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan pada 2 Julai 2021 (11.59 malam), lebih awal daripada yang dijadualkan.
Page |16

Task Force Operasi Pematuhan
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 98,376 pemeriksaan semalam.
Ia melibatkan 4,725 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 20,701 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, 549 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 535 individu dikompaun manakala 14 lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
 Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan/minum di premis (100)
 Tiada penjarakan fizikal (98)
 Individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (95)
 Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (94)
 Tidak memakai pelitup muka (87)
 Membawa penumpang berlebihan (42)
 Premis gagal patuhi arahan (14)
 Lain-lain (19)
Page |17

Page |18
Kawalan Sempadan Negara
Operasi BENTENG (Op BENTENG) semalam telah menangkap 10 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan merampas enam (6) buah kenderaan darat.
Dalam operasi itu, sebanyak 207 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui sembilan (9) aktiviti penglihatan.
Op BENTENG melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 992 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam iaitu:
Op PENAWAR (ATM, PDRM dan RELA) Op BENTENG PDRM
Op BENTENG AKSEM
Operasi Disinfeksi COVID-19
– 938 SJR – 45 SJR – 9 SJR
Semalam, sebanyak 166 operasi disinfeksi telah dilaksanakan di seluruh negara yang merangkumi 70 zon merah, zon jingga (6) dan zon kuning (6).
Operasi disinfeksi ini melibatkan 978 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 231 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta 139 buah jentera JBPM.
Secara kumulatifnya, sebanyak 29,930 operasi disinfeksi merangkumi 157 zon dilakukan sejak 30 Mac 2020. Operasi sanitasi melibatkan pusat perniagaan, kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), tempat awam, pasaraya dan bangunan kerajaan.

Kuarantin Wajib
Semalam, seramai 538 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 237,455 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 70 hotel dan 11 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, seramai 8,705 individu telah dikuarantin dan 225,871 orang dibenarkan pulang manakala 2,879 lagi dibawa ke hospital.
Page |19

Barang Keperluan Asas
Pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi.
Semalam, KPDNHEP telah membuat 748 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan terdiri daripada peruncit (559), pemborong (158) dan pengilang (31).
KPDNHEP juga telah melakukan 1,774 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, 1,758 premis mematuhi SOP, 12 dikenakan kompaun manakala empat (4) lagi diberi amaran.
Amalkan “Lockdown” kendiri. Kekal di rumah dan amalkan gaya hidup sihat bersama keluarga dalam lingkungan kawasan rumah sendiri. Terima kasih.
#StaySafeStayHome #AmalkanKawalanKendiri
YB DATO’ SERI ISMAIL SABRI YAAKOB MENTERI KANAN PERTAHANAN
Page |20

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button